27 February 2013

izfotografi

Salam Semua......

Saya fotografer Majlis Perkahwinan dan lain-lain majlis, bermula semenjak sebelum kamera digital lagi.

Sebagai fotografer Majlis Perkahwinan, saya bertugas 24/7 tujuh hari seminggu , fotografer sepenuh masa.

Sebagai Principal Izfotografi & Group dan juga sebagai Pengurus Pemasaran dan Senior Photographer, saya berusaha keras dan sentiasa mempertingkat dan mengikut astatika terbaru dan juga yang lama.

Gaya saya tiada sama dengan lain-lain fotografer, etika kerja saya juga jauh berbeza dengan fotografer-fotografer yang lain.

Prinsip saya ialah berikan yang terbaik tetapi pada kualiti terbaik dengan harga yang munasabah dan berpatutan, lebih rendah daripada harga pakej semasa, tetapi hasilnya sebaik malahan lebih baik daripada yang lebih mahal.

Prinsip saya ialah kenakan bayaran pada kadar yang menyenangkan bakal-bakal pengantin, yang mereka telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menjayakan Majlis Perkahwinan mereka, maka saya bertolak-ansur semuga ini menjadi sebahagian jariah saya dan hadiah kepada pengantin-pengantin.

Alhamdulullah, dengan prinsip bertolak-ansur, hampir setiap minggu sentiasa ada 'job' untuk dipenuhi di serata Malaysia.

Tugas sebagai fotografer adalah yang teramat penting daripada mana-mana pihak, kerana fotografer merakan peristiwa bersejarah pasangan pengantin yang dapat disaksikan oleh anak dan cucu, saudara mara dan sahabat handai puluhan tahu, berbanding 'catering' atau 'butik, yang bertahan hanya pada majlis perkahwinan sahaja, malahan masih dapat mendapatkan perkhidmatan dan barangan yang sama, berlainan sama sekali dengan fotografer yang merakam peristiwa bersejarah yang mustahil ada ulangan lagi dalam hidup selain peristiwa baharu.

Hidup menyenangkan pelanggan, moto saya !!!
Amin.

No comments:

Post a Comment